Aku Ingin Menjadi Wanita Paling Solehah

Assalamu'alaikum Warahmatullah.
Kaifa Halukum?
Bila tengok title post ni, mesti antum semua rasa saya ni
orang yang suka berkhayal kan? Pada zaman kita sekarang ni
susah nak cari perempuan atau wanita yang memang solehah. Justeru kerana itu lah saya mempunyai cita -cita ingin menjadi wanita solehah agar tidak terus hanyut dengan duniawi yang melalaikan dan agar saya boleh membimbing saudara-saudara saya berubah ke jalan yang benar. Nak jadi wanita yang betul-betul solehah ni memang susah, kalau.....tak ada usaha, tak istiqamah dan tak berdoa. Tak istiqamah maksudnya, kita tak kekalkan penghijrahan kita tu. Contohnya, bila hari ni pakai tudung litup, pakai pakaian tutup aurat, lepas tu bila orang ejek sikit, terus ubah penampilan balik. Tu maknanya iman kita belum kuat dan mungkin niat untuk berubahnya bukan kerana Allah semata-mata. Lebih-lebih lagi kalau kita tak ada usaha, nak berubah, tapi usaha langsung tak ada. Yang paling penting ialah, kalau kita inginkan sesuatu, apa yang kita perlu buat cuma Berdoa, Berusaha, Istiqamah dan pada akhirnya nanti kita hanya perlu Bertawakkal. Serahkan semuanya pada Allah. Tapi, jangan pula minta yang tak baik dan jangan minta yang bukan-bukan.
Kita minta yang baik-baik, In shaa Allah, Allah akan kabulkan. Contohnya, kalau kita nak jadi soleh/solehah, hanya perlu berdoa, berusaha, istiqamah dan tawakkal. Saya juga masih banyak keburukan yang perlu saya baiki dalam diri saya, nak kata sabar, taklah sangat. Kadang-kadang terkeluar juga kata-kata yang tak baik daripada mulut ni. Tapi, saya akan berusaha buang semua sifat buruk tu kalau saya memang betul-betul ingin menjadi solehah. Bukan keinginan untuk menjadi baik atau solehah sahaja perlu berusaha. Keinginan lain pun sama. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Betul tak? Kalau nakkan sesuatu kita mesti berusaha, kalau tak berusaha tak nampak lah hasilnya nanti. Allah dah berfirman dalam Surah Ar-Rad ayat ke-11,  “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.” Jelaslah di sini, bahawa tanpa usaha kita takkan dapat mencapai apa-apa yang kita inginkan. Sampai sini dulu lah entri kali ni. Lain saya post lagi ya. Ilalliqa'. Assalamu'alaikum Warahmatullah. ^_^


Saya bukanlah siapa-siapa, tapi 
saya hanya wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi wanita solehah ♥


Tinta Hati Buat Bakal Imamku~

Assalamu'alaikum Warahmatullah .
Bismillahhirrohmanirrohiim . 
Kaifa Ahwalukum antum semua ?
Semoga sihat -sihat belaka .

Buatmu,
Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan saya begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk diri kamu yang tidak pernah saya kenali. Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri saya kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang  khusus buat kamu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang saya jaga rapi selama ini semata -mata buat kamu. Itulah hati saya dan cinta saya, membuatkan saya tersedar dari lena saya yang panjang.

Saya telah dididik ummi semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri saya kerana Allah telah menetapkannya untuk suami saya, dia itulah dirimu suatu hari nanti. Kata ummi, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kamu telah wujud dalam diri saya sejak dulu lagi. Sepanjang umur saya ini.

Saya menutup pintu hati saya daripada diisi oleh mana -mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi kamu. Saya menghalang diri saya daripada mengenali mana -mana lelaki kerana saya tidak mahu mengenali lelaki lain selain kamu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah saya sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan saya dengan yang bukan mahram untuk saya. Saya sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah saya menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik saya berjaga -jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan saya buat ‘expressionless face’ dan ‘cool’. Akan saya palingkan wajah saya daripada lelaki yang asyik merenung saya ataupun cuba menegur saya. Saya seboleh -bolehnya melarikan pandangan saya daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A :

“sebaik -baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik di mata kamu. Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milik kamu seorang. Saya tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan saya merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah -olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Saya juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan.

Bagaimana akan saya jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbangan saya kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau saya tidak ingin kamu memandang perempuan lain, saya dululah yang perlu menundukkan pandangan saya. Saya harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi saya kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau saya inginkan lelaki yang baik menjadi suami saya, saya juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat saya nafikan, sebagai remaja saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah saya mengingatkan diri saya bahawa saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata -mata untuk kamu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi -bahagikan.
Sya yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja muncul di dalam hidup saya. Saya secara keras menolak segala perasaan yang datang, pelbagai dalil saya kemukakan pada hati saya agar tidak terpaut padanya, tetapi hati saya tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya muncul dalam hidup saya. Dia juga seolah -olah berada sangat dekat dengan hidup saya. Saya berasa amat tidak tenteram, seolah -olah seluruh hidup saya yang ceria selama ini telah dirampas olehnya. Saya tertanya -tanya adakah saya berada di tebing kebinasaan. Saya beristighfar memohon keampunan-Nya. Saya juga berdoa agar Dia melindungi saya daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkan kamu. Kamu dirasakan seolah -olah wujud bersama saya. Di mana sahaja saya berada, akal sedar saya membuat perhitungan dengan kamu.

Saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah saya ini untuk memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir pasir yang wujud di mana -mana. Tetapi saya juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin saya ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kamu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat saya terpikat. Andainya kamulah jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati saya, juga hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kamu zahirkan perasaanmu itu kepada saya kerana kamu masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kamu lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Saya takut perlakuan kamu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan saya tidak banyak, cukuplah kamu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Saya akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuangan kamu. Bahkan saya amat bersyukur pada Ilahi kiranya sayalah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tangan saya untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan saya kesat darah dari lukamu dengan tangan saya sendiri. Itulah impian saya. Saya pasti berendam airmata darah andainya kamu menyerahkan seluruh cintamu pada saya. Bukan itu yang saya impikan. Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kamu akan mencintai saya kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan umi saya dulu. Apa gunanya kamu menimbun harta untuk kemudahan saya sekiranya harta itu membuatkan kamu lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Saya tidak akan sekali -kali bahagia melihat kamu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna buat saya.

Dariku,
Bakal isterimu.

Kenapa Ina Tanya Soalan Tu ?

Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh . .
Bismillahirohmannirrohhim . .
Kaifa Ahwalukum antum semua ?
Diharap sihat -sihat belaka . .


Bila melangkah alam remaja ni rasa lain pula . . Dulu masa kecik -kecik dulu selalu main dengan kawan -kawan . . Dedah aurat, tak jaga batas pergaulan muslimah dan muslimin . . Sebenarnya, kita mesti mendidk anak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah daripada kecil sehingga dewasa . . Tetapi, kelihatannya cara pendidikan terhadap anak pada zaman sekarang ni berlainan dengan cara pendidikan para Nabi terhadap anak mereka pada zaman dahulu . . Adakah patut kita melupakan sunnah nabi dan ajarannya . . Jahilnya kita !

 Pernah sekali seorang sahabat saya menanyakan soalan yang sangat kerap saya dengar daripada sahabat -sahabat yang lainnya . . Bila saya sedang duduk sorang -sorang tu, mulalah episode bertanya . . Soalannya berbunyi begini, "Izzah tak rimas ke pakai tudung labuh ? Pakai inner sampai tutup tangan ? Tak panas ke pakai berlapik lapik macam ni ? Tak rimas ke ? Ingat lelaki suka ? Keluarga pun biasa -biasa ja . . Tak payah nak ekstrem sangat lah . . Dulu tak pula macam tu," tanya sahabat saya dengan nada mengejek . . Dengan senyuman saya menjawab, "Assalamu'alaikum Ina(bukan nama sebenar) . . Kenapa ina tanya semua tu ?" . . Dia kembali menjawab, "Wa'alaikummussalam . . Jawab ja lah . . Supaya ina tahu alasan izzah buat semua tu . . Kalau dah jawab semua, baru lah ina takkan tanya lagi . . Mana lah tahu izzah buat macam ni suka -suka kan, " jawabnya selamba . . 


"Ina, izzah tak pernah rimas pakai tudung labuh . . Kalau izzah rimas, izzah mungkin takkan pakai tudung labuh lagi . . Izzah mungkin akan pakai tudung singkat . . Tapi, tak pernah pun terlintas dalam hati izzah berbisik RIMAS pakai tudung labuh . . Sebab, tudung labuh tu menutup bahagian dada . . Kalau  pakai tudung singkat yang tak tutup dada, mana ada penuhi syarak pemakaian tudung yang sempurna . . Selain daripada tu, boleh juga kita ikut sunnah nabi kan ? Walaupun hanya bertudung labuh . . Kalau purdah tu, InsyaAllah satu hari nanti . . Kalau tak nak bertudung labuh pun, pakai tudung singkat pun boleh . . Tapi, asalkan tudung tu menutupi bahagian dada . . Pakai inner sampai tutup tangan ? Sebab, lengan kita ni aurat Ina . . Kan ustazah pernah cakap, aurat wanita adalah seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka . . Bermakna dagu,lengan dan kaki kita ni adalah aurat dan wajib ditutup . . Walaupun sehelai bulu roma yang terlihat oleh lelaki ajnabi, itu sudah pun dikira berdosa . . Izzah pun cuba untuk tak menunjukkan aurat -aurat yang disebut tu depan lelaki ajnabi . . Panas ? Memang tak pernah panas . . Kenapa ? Sebab niat kita yang melindungi kita daripada panas . . Kalau niat kita pakai tudung labuh kerana Allah, Allah pasti melindungi kita daripada merasa panas . . Tapi kalau niat kita sebaliknya, Allah mungkin takkan melindungi kita . . Malaikat pun tak nak duk dekat -dekat dengan kita sebab kita tak ada niat buat semua tu kerana Allah . . Allah kan Maha Mengetahui . . Ina, izzah buat semua ni bukan kerana ingin mencari perhatian muslimin . . Tapi, izzah buat semua ni hanya semata -mata ingin mencari perhatian dan keredhaan Allah . . Jika istiqamah kerana Allah, pasti rahmat Allah akan sentiasa bersama kita ina . . Izzah bukan nak ekstrem ina . . Izzah cuma ingin hidup berlandaskan agama Islam . . Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah . . Memang keluarga izzah biasa -biasa ja . . Tapi, tak salah kalau kita ingin menjadi yang lebih baik ina . . Dan kita sebagai manusia tak berhak untuk menilai seseorang hanya melalui pandangan mata kasar kita . . Sentiasalah husnuzhon terhadap saudara kita . . Kerana Nabi SAW tak pernah menilai umatnya baik ke buruk ke . . Kerana hanya Allah yang berhak menilai seseorang itu . . Kerana Dia adalah Maha Pencipta . . Mungkin Allah sudah memberi izzah hidayah ina . . Tak salah untuk seseorang manusia berubah, malah Allah sayang akan hambanya yang mahu berubah dan mengingati-Nya . . Mungkin izzah boleh bimbing keluarga izzah ke jalan Islam yang sebenar . . Tu lah jawapan izzah untuk semua soalan ina tadi, " jawab saya dengan bersungguh -sungguh . . 


Tiba -tiba dia tunduk dan meminta maaf terhadap saya kerana sudah salah anggap akan saya selama ni . . Saya pun berkata padanya bahawa saya akan memaafkannya asalkan dia mahu memohon keampunan daripada Allah SWT . . Kerana saya akan sentiasa menjadi milik Allah . . Dan selamanya milik Allah . . Hanya Allah sahaja yang berhak untuk mengampuni dosanya kerana pencipta saya adalah Allah SWT . . Dengan dia mengejek saya, itu sama sahaja seperti dia mengejek ciptaan Allah . . Menghina Allah . . Na'uzubillahhiminzalik ! Semoga sahabat saya Ina mendapat hidayah daripada Allah dan sentiasa mengingati Allah bila dan dimana sahaja . . Allahumma Ameen . . 


Alhamdulillah, siap sudah satu entri . . 
Syukur ke hadrat Allah . .

Fii Amanillah antum semua . . BarakAllahhu Fii Kum . . 
Ilalliqa' , Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh . . 

Indahnya Hari Ini

Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh . .
Bismillahhirrohmannirrohhim . .
Kaifa Haluki antum semua ? Semoga sihat -sihat belaka . . 

Indahnya hari ini, kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di dunia yang fana ini . . Panjatkanlah syukur ke hadrat Allah . . La'ilaha'ilAllah Muhammadur Rasulullah . . Semoga hajat kita pada hari ini dimakbulkan oleh Alllah swt . . Kerana hanya Dia yang dapat menentukan segalanya . . Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah . . Indahnya pagi ini dihiasi dengan pelbagai ciptaan Allah . . Wahai muslimah, indahnya diri kalian jika Izzah dan Iffah kalian terus dijaga . . Sekiranya hilang Izzah dan Iffah di dalam diri kalian, maka hilanglah "MARUAH" kalian . . Jadi, ayuh muslimah ! Mari menutup aurat . . Indahnya diri kalian jika aurat sentiasa dilindungi . . Sebaik -baiknya bertudung labuh lah . . Bertudung labuh bukan bermaksud alim, dengan bertudung labuh, diri kalian juga terjaga, akhlak kalian juga turut terjaga . . Alim adalah orang yang tinggi ilmu agamanya . . "Dunia ini adalah perhiasan, dan seindah -indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim) . . Maka telah terbuktilah bahawa insan yang bergelar "WANITA" adalah sangat istimewa :')

Sobahalkhayr ! Fii Amanillah Wa Ma'assalaamah . . Ilalliqa' . . Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh . . 

Susah Untukku Ukir Semula Senyuman Itu

Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh . . 
Bismillahhirrohmannirrohhim . .

Ya Allah, masih mampukah hamba mengukirkan senyuman untuk mengembirakan hati yang sedang dilanda kesedihan ini . . Diri ini hanya mampu untuk menasihatkan hati yang masih bersedih, "La tahzan wahai hati yang lemah ! InnAllaha Ma'ana . . Jika masih ada sisa kegembiraan buat diriku, akan aku cuba semaikan di dalam hati dan hidup semula sebagai seorang yang lebih tabah . . Tetapi, masih mampukah aku mengukirkan senyuman yang sebenar -benar senyuman ? Masih mampukah aku untuk membahagiakan orang lain, sedangkan aku sendiri masih bersedih . .  Mungkin inilah yang dinamakan ujian daripada Allah . . Jika benar begitu, aku redha Ya Allah . . Sesungguhnya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . Pasti Engkau lebih tahu apa yang terbaik buat diriku Ya Allah . . Tetapi, dapatkah Engkau mengabulkan hajat yang memang aku inginkan sejak dahulu lagi . . Bukakanlah pintu hati ummiku untuk *** <--(biarlah Allah saja yang tahu) . . Saban hari aku memikirkan keputusan ini, saban hari aku menghitung hari untuk ku pergi . . Dan keputusanku tetap sama iaitu " Ya, saya akan pergi . . Dengan izin Allah . . Biarlah pelbagai halangan yang melanda . . Segalanya akan ku tempuh ! " Sesungguhnya Allah swt sentiasa bersikap adil terhadap aku . . Akan ku serahkan segalanya pada-Nya . . Biarlah Dia yang menentukan segalanya . . Aku hanya mampu berharap dengan bersolat dan berusaha sahaja . . Biarlah Allah yang menentukan segalanya . . Biarpun ketentuan Allah nanti amat perit untuk ku terima . . La ba'sa, aku akan berusaha selagi aku bernyawa . . Aku akan berusaha selagi masih ada sisa -sisa semangat dalam diriku . . Aku akan berusaha selagi aku punya kekuatan untuk bangun . . Ummi, bukan niatku untuk tidak menghargai keputusanmu, bukan niatku untuk melawan kata -katamu . . Tetapi, aku tetap dengan pendirian dan keputusanku, kerana mungkin ini adalah cara yang terbaik untukku berubah menjadi insan yang lebih berguna buatmu, keluarga dan masyarakat . . Andai sudah muktamad keputusanmu ummi, izzah takkan menyerah . . Izzah akan berusaha, berusaha dan berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan ummi . . Izzah akan memastikan ummi bahawa izzah juga boleh menjadi insan yang lebih berguna buat ummi . . Dengan itu ummi, sokonglah keputusan izzah ! Sesungguhnya izzah tidak punya orang lain yang lebih izzah sayangi dan hormati lagi selain ummi . . Bantulah izzah ummi, izzah sayangkan ummi ! Bantu izzah ummi !

Fii Amanillah Wa Ma'assalaamah . . Assalamu'alaikum Warahmatullahhi 
Wabarokatuh . . Laila Sa'idah . . 

Lafaz Yang Tersimpan

Assalamu'alaikum Warahmatullah . .
Kaifa Halukum antum semua ?

Bismillahirrohmanirrohim

 Dari kantung cinta ibu,
daku lahir
biar gelap.. namun mndamaikan
Ke ruang yg gelap juga, hidupku kan berakhir
bedanya..
rasanya..adakah sedamai rahim ibu?

***********************************************

TERIMA KASIH wahai serikandi
yg b'jihad dgn sgenap keringat
b'simpul erat segala urat
kejenuhan yg hanya t'bayar di akhirat

TERIMA KASIH wahai bidadari dunia
yg mnjadi teman sgala rasa
kasihmu.. haruman yg mengasyikkan
dakapanmu..ni'mat yg mngujakn
lepas rangkulanmu, nafasku kan t'sesakkan


madah, bicara, kata
tiada antaranya yg bisa mngungkapkan
jitu, tepat
tntg rahsia pd jiwa
utk mengertikan kasih antara kita

***********************************************

TERIMA KASIH IBU, untuk segalanya..!
jasa dan pengorbananmu tak t'lafazkan
t'lalu kecil banding kiranya dgn skadar ungkapan
smoga di 'sana' dikau diberi ganjaran

***********************************************

Sampai sini dulu . . Fii Amanillah wa Ma'assalaamah . .
Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh . . Sobahalhayr !

Umi Tersayang

Assalamu'alaikum Warahmatullah . .
Kaifa Halukum antum semua ?
Bismillahirrohmannirrohim . . 

Ya Rabb ! Saya rindukan umi . . Umi sentiasa sibuk kebelakangan ini . . Tapi, izzah faham mengapa umi sibuk . . Kerana ingin menyara kami adik beradik . . Setelah kepergian abah, umi lah yang menyara kami, memberi kami kasih sayang, memenuhi segala permintaan kami, menjaga kami tanpa jemu . . Izzah sayangkan ummi . . Meskipun kesibukan melanda umi, tapi umi tak pernah terlepas untuk menghubungi kami adik beradik . . Kalau bukan abang atau kakak, umi akan hubungi izzah . . Izzah sayangkan ummi . . Kalau izzah minta sesuatu, mesti umi berusaha untuk penuhi permintaan itu . . Walau sesukar manapun , umi tetap berusaha . . Allahurabbi ! Sayangnya ummi pada izzah . . Kasih umi tak pernah berbelah bahagi buat kami adik beradik . . Meskipun tiap tiap hari kami jarang jumpa, tapi kalau hujung minggu ummi ajak jalan jalan . . Baik kan umi izzah ? Ummi, izzah teringin nak tidur dengan umi lagi, izzah tak nak abah . . Izzah cuma nak ummi . . Rindu dan kasih izzah hanya buat ummi . . Walaupun, dulu izzah selalu bergaduh dengan ummi . . Ummi suruh izzah buat tu, buat ni . . Mesti izzah membantah . . Tapi, bila izzah minta tu, minta ni . . Ummi tak pernah membantah . . Zalimnya izzah pada umi ! Ampunkan izzah Ya Allah ! Ampunkan izzah umi . . Mungkin masa tu, izzah belum cukup iman untuk sabar . . Kerana izzah juga manusia biasa yang sering melakukan kesalahan . . Tapi, izzah janji akan teruskan perubahan dan menjadi lebih baik untuk umi dan Allah swt . . Izzah takkan pernah lupakan umi . . Umi yang pernah lahirkan izzah, ummi yang pernah susukan izzah, ummi yang pernah membelai dan menyayangi izzah . . Izzah akan balas semua jasa umi pada izzah . . Walaupun izzah tahu, balasan izzah pada umi tak setanding dengan apa yang umi pernah buat untuk izzah dulu sampai sekarang . . Umi , maafkan izzah kalau izzah pernah sakitkan hati umi, maafkan izzah kalau izzah pernah berkasar dengan umi, maafkan izzah kalau izzah pernah tengking umi . . Izzah jahil umi, izzah jahil ! Umi lah segala galanya . . Meskipun banyak sahabat yang lain, tetapi umi lah sahabat yang paling manis, baik hati, penyabar dan penyayang . . Umi lah sahabat izzah dunia akhirat . . Umi lah ibu izzah dunia akhirat, umi lah kekasih izzah dunia akhirat . . Maafkan izzah sekali lagi umi, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah kaki ummi . . Izzah, takkan membantah cakap umi lagi , InsyaAllah . . Umi lah kekasih paling romantik ! Umi , terima kasih sebab dah mengandungkan izzah, terima kasih sebab dah lahirkan izzah, terima kasih sebab dah jaga izzah, terima kasih sebab dah rawat izzah masa sakit, terima kasih sebab beri izzah kasih sayang, terima kasih sebab dah beri izzah pendidikan yang sangat baik sehingga izzah jadi insan yang berguna di mata umi . . Bila izzah rasa putus asa, izzah ingat umi, izzah ingat Allah swt . . Bila izzah rasa sedih, izzah ingat umi, izzah ingat Allah swt . . Bila izzah rasa gembira, izzah ingat umi, izzah ingat Allah . . Bila izzah ditimpa musibah, izzah ingat umi, izzah ingat Allah . . Umi lah, kekasih yang tak pernah izzah lupakan . . Izzah harap izzah dapat tidur dengan umi lagi . . Uhibbu ummi . . 

Sampai sini dulu . . Fii Amanillah wa Ma'assalaamah . . Assalamu'alaikum
Warahmatullahhi Wabarokatuh . . Sobahalkhayr ya sahabat !


Pemakaian Muslimah Yang Sempurna

Assalamu'alaikum Warahmatullah . . 
Kaifa Halukum antum semua ?
Bismillahirrohmannirrohim . .

Entri kali ni , saya akan kongsikan beberapa cara pemakaian muslimah yang sempurna . .

TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS

1.Muslimah solehah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

TIDAK MEMAKAI RANTAI BERLOCENG
2. Muslimah solehah memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

TIDAK MEMAKAI WANGIAN SEMERBAK

3.Muslimah solehah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Muslimah yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

TIDAK BIADAB DALAM BERKATA

4. Muslimah solehah memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

TIDAK BERKATA SIA-SIA

5. Muslimah solehah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

TIDAK MEMAKAI TUDUNG TIGA SEGI

6. Muslimah solehah memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

TIDAK MENGADA-NGADA


7. Muslimah solehah memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini. Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang oleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

TIDAK MENGHIAS DIRI BERLEBIHAN

8.Muslimah solehah memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

TIDAK MEMAKAI TUDUNG JARANG

9. Muslimah solehah tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jalah yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik . .

Sampai sini dulu k . . Assalamu'alaikum Warahmatullah . . Fii Aman Allah 
Wa Ma'assalaamah . . 

Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung Labuh ?

Assalamu'alaikum Warahmatullah . .
Kaifa Halukum antum semua ?
Bismillahirrohmannirrohim . . 

Ya Rabb ! Syukur Alhamdulillah kerana Engkau telah memberi aku hidayah dengan usia yang semuda ini . . Ramai orang tidak percaya akan perubahan saya sekarang . . Kenapa ? Kerana dulu saya memang terkenal dengan baju hanging , seluar jeans , tudung jarang , selendang , freehair . . Tapi , mungkin Allah swt memberi hidayah pada saya terlebih dahulu berbanding orang lain kerana ada hikmah di sebalik ini semua . . Salah satu pada pandangan saya , mungkin juga Allah swt ingin saya membimbing keluarga saya yang lain untuk berubah ke arah kebaikan . . Mungkin pelik bagi anda semua mengapa saya berbicara seperti ini . . Membimbing orang dewasa ? Sedangkan umur saya baru sahaja mencecah 13 tahun , bagaimana untuk saya membimbing keluarga saya yang sudah pun berumur 20-an , 30-an dan 40-an . . Tapi , tidak mustahil kerana selagi Allah mengizinkan saya untuk merubah mereka , selagi itu saya mencuba untuk merubah mereka . .  Jadi , muslimah mahupun muslimin sekalian , ubahlah keluarga kalian menjadi insan yang lebih baik . . Jangan memandang rendah apabila melihat adik -adik kalian berubah menjadi lebih baik , mungkin ada hikmah disebalik semua itu . . Atau mungkin juga adik -adik kalian akan membimbing kalian . . Dulu , saya sering memandang rendah pada muslimah bertudung labuh , " Tudung je labuh , hati tu busuk lebih busuk daripada bangkai binatang " . . Allahurabbi ! Jahatnya mulut . . Dulu , saya keluar rumah tak pakai stoking , tak tutup lengan , tudung jarang . . Sedihnya saya . . Tapi , bila saya transfer ke salah sebuah sekolah , saya berkawan dengan sorang muslimah nama nya Sajidah . . Dia memang seorang yang baik , cantik , berhati mulia  . . Pada mulanya , saya memang tak boleh terima semua yang dia nasihatkan pada saya . . Tapi segalanya telah berubah bila saya bermimpi tentang Hari Kiamat ! Duhai antum semua , Hari Kiamat ? Allahurabbi ! sangat menyedihkan . . Hari Kiamat yang menyakitkan , tak dapat saya bayangkan dan tak dapat nak jelaskan kat sini macam mana mimpi saya tu . . Cukuplah saya katakan Hari Kiamat . . Allahu Akbar ! Syukur ke hadrat Allah kerana telah memberi saya hidayah . . Kita tak tahu kan bila ajal kita datang . . Bila -bila masa je ajal boleh datang menjemput . . Jadi , para pembaca blog sekalian , bertaubatlah dengan segera sementara masa masih ada . . Ingatlah , Allah tidak akan merubah seseorang itu selagi dia tidak berusaha untuk merubah dirinya sendiri . . Sekian , Wabillahhi Taufiq Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh ! ( macam ucapan pulak . hihi )

Fii Aman Allah Wa Ma'assalaamah . .
Assalamu'alaikum Warahmatullah antum semua . .
Laila Sa'idah ! 

Gambar ini diambil daripada Google . . ^__^

Dunia Adalah Perhiasan , Seindah Perhiasan Adalah Muslimah Yang Solehah

Assalamu'alaikum Warahmatullah . .
Kaifa Halukum antum semua ?
Bismillahirrohmannirrohim . .

Allahurabbi ! Saya melihat ramai umat akhir zaman sekarang tidak mematuhi perintah-Nya . . Muslimah sekarang banyak yang tidak mahu menutup aurat . . Jika diberi nasihat , pasti alasan nya "Suka hati kami lah nak pakai atau tak pakai . Kami tak menyusahkan sesiapa," Na'uzubillahhi Min Zalik ! Laknat Allah terhadap kalian yang berbicara seperti itu . . Tahukah kalian bahawa kalian sudah menyusahkan ramai orang . . Salah seorangnya adalah insan yang bergelar A.Y.A.H . . Ayah kalian akan disoal apabila berada di alam kubur kelak . . Mengapa kamu tidak pernah menasihati anakmu untuk menutup aurat ? Mengapa kamu membiarkan anakmu dipegang oleh lelaki bukan mahramnya ? 
Lalu , apa harus ayah kalian jawab ? Duhai Muslimah , apakah kalian tidak kasihan terhadap ayah kalian ? Ayah yang sudah membesarkan kalian sehingga dewasa . . Ayah yang tidak jemu -jemu bekerja untuk menyara kalian . . Ayah yang menyayangi kalian dengan penuh kasih sayang . . Sedar lah wahai muslimah ! Dunia ini hanya dunia yang fana ! Kalau bukan sekarang , bila lagi kalian harus bertaubat ? Atau kalian menunggu sehingga tanda -tanda kiamat muncul ? Wahai muslimah sekalian , sesungguhnya tanda -tanda kecil kiamat sudah pun lengkap . . Sekarang kita hanya menunggu tanda -tanda kiamat besar sahaja lagi . . Marilah kita sama -sama menutup aurat kita dengan sempurna . . Bukan dengan cara pemakaian muslimah pada masa kini iaitu memakai selendang yang tidak menutup bahagian dada . . Itu bukan cara pemakaian muslimah yang sempurna , sebaliknya pemakaian itu lh yang dikatakan " Berpakaian tetapi Bertelanjang " . . Kalau nak pakai selendang , biar lah yang labuh macam pashmina . . Ingat lah muslimah ! Sesungguhnya Allah azza wa jalla telah menyediakan sesuatu yang indah buatmu jika kamu menuruti semua perintahnya . . 

Saya ingin memohon maaf jika ada diantara kalian yang telah tersinggung dengan kata -kata saya . . Tetapi , percayalah . . Saya tidak berniat langsung ingin melukakan hati kalian . . Sesungguhnya manusia tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan . . Begitu juga dengan saya . .Saya juga insan yang lemah yang bergelar M.A.N.U.S.I.A . . Maafkan lah segala salah dan silap saya yang secara langsung mahupun secara tidak langsung kerana ini mungkin adalah coretan saya yang terakhir . . 

Fii Aman Allah Wa Ma'assalaamah antum semua ! Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh ! 
^^ SubhanAllah ! Alhamdulillah ! La'ilaha'ilAllah ! Allahu Akbar ! ^^


Saya Hanya Bertawakkal Pada-Nya

Assalamu'alaikum Warahmatullah ya antum semua ?
Kaifa Halukum ? 
Bismillahirrohmannirrohim . .

Dah lama juga ana tidak post kat blog ea . . rindu pula rasanya . .
Untuk post kali ni , saya akan coretkan serba sedikit tentang luahan hati saya ni ( hihihi ) . . Ternyata bukan mudah untuk saya lalui kehidupan yang penuh dengan dugaan ini . . Ya RABB , bantulah
hamba yang lemah dan hina ini . . Hamba bukan Siti Khadijah yang sentiasa sabar
menempuh segala cabaran , yang sentiasa ada bila suami memerlukannya tatkala susah mahupun senang . .
Semakin hari , semakin bertambah linangan air mata ini . . Sesungguhnya saya tidak mampu menanggung semua ini sendirian . . Duhai hamba Allah , masih adakah di kalangan kalian yang mengasihani dan ingin berteman dengan saya ? . . Saya cengeng , Saya hina . . Tetapi , saya memang tidak sempurna . . Adakah kalian sempurna ? saya juga layak untuk bahagia . . Sejujurnya , saya tidak pernah kecapi kebahagiaan yang sebenar . . Tetapi , saya masih mampu tersenyum dan bersyukur ke atas Allah swt kerana memberi saya keluarga yang sangat menyayangi saya . . Adakah permintaan itu terlalu berat ? Adakah mereka semua sering memikirkan saya ? Mungkin ya dan mungkin juga tidak . . Entah sampai bila hidup saya harus begini . . Tapi , saya percaya bahawa semua yang terjadi pada diri saya ada hikmahnya . . Allah itu Maha Adil , Maha Mengetahui , Maha Kaya , Maha Agung , Maha Mengasihani , Maha Menyayangi . . Dan saya percaya bahawa saya tidak pernah keseorangan . . Kerana Allah sentiasa bersama saya . . SubhanAllah !
Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Sampai sini dulu ye , ade mase saya kongsikan lagi . . :')
Wassalamun'alaik ! Fii Aman Allah Wa Ma'assalaamah antum semua . .