Aku Ingin Menjadi Wanita Paling Solehah

Assalamu'alaikum Warahmatullah.
Kaifa Halukum?
Bila tengok title post ni, mesti antum semua rasa saya ni
orang yang suka berkhayal kan? Pada zaman kita sekarang ni
susah nak cari perempuan atau wanita yang memang solehah. Justeru kerana itu lah saya mempunyai cita -cita ingin menjadi wanita solehah agar tidak terus hanyut dengan duniawi yang melalaikan dan agar saya boleh membimbing saudara-saudara saya berubah ke jalan yang benar. Nak jadi wanita yang betul-betul solehah ni memang susah, kalau.....tak ada usaha, tak istiqamah dan tak berdoa. Tak istiqamah maksudnya, kita tak kekalkan penghijrahan kita tu. Contohnya, bila hari ni pakai tudung litup, pakai pakaian tutup aurat, lepas tu bila orang ejek sikit, terus ubah penampilan balik. Tu maknanya iman kita belum kuat dan mungkin niat untuk berubahnya bukan kerana Allah semata-mata. Lebih-lebih lagi kalau kita tak ada usaha, nak berubah, tapi usaha langsung tak ada. Yang paling penting ialah, kalau kita inginkan sesuatu, apa yang kita perlu buat cuma Berdoa, Berusaha, Istiqamah dan pada akhirnya nanti kita hanya perlu Bertawakkal. Serahkan semuanya pada Allah. Tapi, jangan pula minta yang tak baik dan jangan minta yang bukan-bukan.
Kita minta yang baik-baik, In shaa Allah, Allah akan kabulkan. Contohnya, kalau kita nak jadi soleh/solehah, hanya perlu berdoa, berusaha, istiqamah dan tawakkal. Saya juga masih banyak keburukan yang perlu saya baiki dalam diri saya, nak kata sabar, taklah sangat. Kadang-kadang terkeluar juga kata-kata yang tak baik daripada mulut ni. Tapi, saya akan berusaha buang semua sifat buruk tu kalau saya memang betul-betul ingin menjadi solehah. Bukan keinginan untuk menjadi baik atau solehah sahaja perlu berusaha. Keinginan lain pun sama. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Betul tak? Kalau nakkan sesuatu kita mesti berusaha, kalau tak berusaha tak nampak lah hasilnya nanti. Allah dah berfirman dalam Surah Ar-Rad ayat ke-11,  “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.” Jelaslah di sini, bahawa tanpa usaha kita takkan dapat mencapai apa-apa yang kita inginkan. Sampai sini dulu lah entri kali ni. Lain saya post lagi ya. Ilalliqa'. Assalamu'alaikum Warahmatullah. ^_^


Saya bukanlah siapa-siapa, tapi 
saya hanya wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi wanita solehah ♥