Tinta Hati Buat Bakal Imamku~

Assalamu'alaikum Warahmatullah .
Bismillahhirrohmanirrohiim . 
Kaifa Ahwalukum antum semua ?
Semoga sihat -sihat belaka .

Buatmu,
Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan saya begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk diri kamu yang tidak pernah saya kenali. Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri saya kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang  khusus buat kamu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang saya jaga rapi selama ini semata -mata buat kamu. Itulah hati saya dan cinta saya, membuatkan saya tersedar dari lena saya yang panjang.

Saya telah dididik ummi semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri saya kerana Allah telah menetapkannya untuk suami saya, dia itulah dirimu suatu hari nanti. Kata ummi, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kamu telah wujud dalam diri saya sejak dulu lagi. Sepanjang umur saya ini.

Saya menutup pintu hati saya daripada diisi oleh mana -mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi kamu. Saya menghalang diri saya daripada mengenali mana -mana lelaki kerana saya tidak mahu mengenali lelaki lain selain kamu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah saya sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan saya dengan yang bukan mahram untuk saya. Saya sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah saya menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik saya berjaga -jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan saya buat ‘expressionless face’ dan ‘cool’. Akan saya palingkan wajah saya daripada lelaki yang asyik merenung saya ataupun cuba menegur saya. Saya seboleh -bolehnya melarikan pandangan saya daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A :

“sebaik -baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik di mata kamu. Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milik kamu seorang. Saya tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan saya merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah -olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Saya juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan.

Bagaimana akan saya jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbangan saya kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau saya tidak ingin kamu memandang perempuan lain, saya dululah yang perlu menundukkan pandangan saya. Saya harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi saya kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau saya inginkan lelaki yang baik menjadi suami saya, saya juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat saya nafikan, sebagai remaja saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah saya mengingatkan diri saya bahawa saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata -mata untuk kamu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi -bahagikan.
Sya yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja muncul di dalam hidup saya. Saya secara keras menolak segala perasaan yang datang, pelbagai dalil saya kemukakan pada hati saya agar tidak terpaut padanya, tetapi hati saya tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya muncul dalam hidup saya. Dia juga seolah -olah berada sangat dekat dengan hidup saya. Saya berasa amat tidak tenteram, seolah -olah seluruh hidup saya yang ceria selama ini telah dirampas olehnya. Saya tertanya -tanya adakah saya berada di tebing kebinasaan. Saya beristighfar memohon keampunan-Nya. Saya juga berdoa agar Dia melindungi saya daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkan kamu. Kamu dirasakan seolah -olah wujud bersama saya. Di mana sahaja saya berada, akal sedar saya membuat perhitungan dengan kamu.

Saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah saya ini untuk memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir pasir yang wujud di mana -mana. Tetapi saya juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin saya ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kamu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat saya terpikat. Andainya kamulah jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati saya, juga hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kamu zahirkan perasaanmu itu kepada saya kerana kamu masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kamu lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Saya takut perlakuan kamu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan saya tidak banyak, cukuplah kamu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Saya akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuangan kamu. Bahkan saya amat bersyukur pada Ilahi kiranya sayalah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tangan saya untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan saya kesat darah dari lukamu dengan tangan saya sendiri. Itulah impian saya. Saya pasti berendam airmata darah andainya kamu menyerahkan seluruh cintamu pada saya. Bukan itu yang saya impikan. Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kamu akan mencintai saya kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan umi saya dulu. Apa gunanya kamu menimbun harta untuk kemudahan saya sekiranya harta itu membuatkan kamu lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Saya tidak akan sekali -kali bahagia melihat kamu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna buat saya.

Dariku,
Bakal isterimu.

Kenapa Ina Tanya Soalan Tu ?

Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh . .
Bismillahirohmannirrohhim . .
Kaifa Ahwalukum antum semua ?
Diharap sihat -sihat belaka . .


Bila melangkah alam remaja ni rasa lain pula . . Dulu masa kecik -kecik dulu selalu main dengan kawan -kawan . . Dedah aurat, tak jaga batas pergaulan muslimah dan muslimin . . Sebenarnya, kita mesti mendidk anak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah daripada kecil sehingga dewasa . . Tetapi, kelihatannya cara pendidikan terhadap anak pada zaman sekarang ni berlainan dengan cara pendidikan para Nabi terhadap anak mereka pada zaman dahulu . . Adakah patut kita melupakan sunnah nabi dan ajarannya . . Jahilnya kita !

 Pernah sekali seorang sahabat saya menanyakan soalan yang sangat kerap saya dengar daripada sahabat -sahabat yang lainnya . . Bila saya sedang duduk sorang -sorang tu, mulalah episode bertanya . . Soalannya berbunyi begini, "Izzah tak rimas ke pakai tudung labuh ? Pakai inner sampai tutup tangan ? Tak panas ke pakai berlapik lapik macam ni ? Tak rimas ke ? Ingat lelaki suka ? Keluarga pun biasa -biasa ja . . Tak payah nak ekstrem sangat lah . . Dulu tak pula macam tu," tanya sahabat saya dengan nada mengejek . . Dengan senyuman saya menjawab, "Assalamu'alaikum Ina(bukan nama sebenar) . . Kenapa ina tanya semua tu ?" . . Dia kembali menjawab, "Wa'alaikummussalam . . Jawab ja lah . . Supaya ina tahu alasan izzah buat semua tu . . Kalau dah jawab semua, baru lah ina takkan tanya lagi . . Mana lah tahu izzah buat macam ni suka -suka kan, " jawabnya selamba . . 


"Ina, izzah tak pernah rimas pakai tudung labuh . . Kalau izzah rimas, izzah mungkin takkan pakai tudung labuh lagi . . Izzah mungkin akan pakai tudung singkat . . Tapi, tak pernah pun terlintas dalam hati izzah berbisik RIMAS pakai tudung labuh . . Sebab, tudung labuh tu menutup bahagian dada . . Kalau  pakai tudung singkat yang tak tutup dada, mana ada penuhi syarak pemakaian tudung yang sempurna . . Selain daripada tu, boleh juga kita ikut sunnah nabi kan ? Walaupun hanya bertudung labuh . . Kalau purdah tu, InsyaAllah satu hari nanti . . Kalau tak nak bertudung labuh pun, pakai tudung singkat pun boleh . . Tapi, asalkan tudung tu menutupi bahagian dada . . Pakai inner sampai tutup tangan ? Sebab, lengan kita ni aurat Ina . . Kan ustazah pernah cakap, aurat wanita adalah seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka . . Bermakna dagu,lengan dan kaki kita ni adalah aurat dan wajib ditutup . . Walaupun sehelai bulu roma yang terlihat oleh lelaki ajnabi, itu sudah pun dikira berdosa . . Izzah pun cuba untuk tak menunjukkan aurat -aurat yang disebut tu depan lelaki ajnabi . . Panas ? Memang tak pernah panas . . Kenapa ? Sebab niat kita yang melindungi kita daripada panas . . Kalau niat kita pakai tudung labuh kerana Allah, Allah pasti melindungi kita daripada merasa panas . . Tapi kalau niat kita sebaliknya, Allah mungkin takkan melindungi kita . . Malaikat pun tak nak duk dekat -dekat dengan kita sebab kita tak ada niat buat semua tu kerana Allah . . Allah kan Maha Mengetahui . . Ina, izzah buat semua ni bukan kerana ingin mencari perhatian muslimin . . Tapi, izzah buat semua ni hanya semata -mata ingin mencari perhatian dan keredhaan Allah . . Jika istiqamah kerana Allah, pasti rahmat Allah akan sentiasa bersama kita ina . . Izzah bukan nak ekstrem ina . . Izzah cuma ingin hidup berlandaskan agama Islam . . Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah . . Memang keluarga izzah biasa -biasa ja . . Tapi, tak salah kalau kita ingin menjadi yang lebih baik ina . . Dan kita sebagai manusia tak berhak untuk menilai seseorang hanya melalui pandangan mata kasar kita . . Sentiasalah husnuzhon terhadap saudara kita . . Kerana Nabi SAW tak pernah menilai umatnya baik ke buruk ke . . Kerana hanya Allah yang berhak menilai seseorang itu . . Kerana Dia adalah Maha Pencipta . . Mungkin Allah sudah memberi izzah hidayah ina . . Tak salah untuk seseorang manusia berubah, malah Allah sayang akan hambanya yang mahu berubah dan mengingati-Nya . . Mungkin izzah boleh bimbing keluarga izzah ke jalan Islam yang sebenar . . Tu lah jawapan izzah untuk semua soalan ina tadi, " jawab saya dengan bersungguh -sungguh . . 


Tiba -tiba dia tunduk dan meminta maaf terhadap saya kerana sudah salah anggap akan saya selama ni . . Saya pun berkata padanya bahawa saya akan memaafkannya asalkan dia mahu memohon keampunan daripada Allah SWT . . Kerana saya akan sentiasa menjadi milik Allah . . Dan selamanya milik Allah . . Hanya Allah sahaja yang berhak untuk mengampuni dosanya kerana pencipta saya adalah Allah SWT . . Dengan dia mengejek saya, itu sama sahaja seperti dia mengejek ciptaan Allah . . Menghina Allah . . Na'uzubillahhiminzalik ! Semoga sahabat saya Ina mendapat hidayah daripada Allah dan sentiasa mengingati Allah bila dan dimana sahaja . . Allahumma Ameen . . 


Alhamdulillah, siap sudah satu entri . . 
Syukur ke hadrat Allah . .

Fii Amanillah antum semua . . BarakAllahhu Fii Kum . . 
Ilalliqa' , Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh . . 

Indahnya Hari Ini

Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh . .
Bismillahhirrohmannirrohhim . .
Kaifa Haluki antum semua ? Semoga sihat -sihat belaka . . 

Indahnya hari ini, kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di dunia yang fana ini . . Panjatkanlah syukur ke hadrat Allah . . La'ilaha'ilAllah Muhammadur Rasulullah . . Semoga hajat kita pada hari ini dimakbulkan oleh Alllah swt . . Kerana hanya Dia yang dapat menentukan segalanya . . Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah . . Indahnya pagi ini dihiasi dengan pelbagai ciptaan Allah . . Wahai muslimah, indahnya diri kalian jika Izzah dan Iffah kalian terus dijaga . . Sekiranya hilang Izzah dan Iffah di dalam diri kalian, maka hilanglah "MARUAH" kalian . . Jadi, ayuh muslimah ! Mari menutup aurat . . Indahnya diri kalian jika aurat sentiasa dilindungi . . Sebaik -baiknya bertudung labuh lah . . Bertudung labuh bukan bermaksud alim, dengan bertudung labuh, diri kalian juga terjaga, akhlak kalian juga turut terjaga . . Alim adalah orang yang tinggi ilmu agamanya . . "Dunia ini adalah perhiasan, dan seindah -indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim) . . Maka telah terbuktilah bahawa insan yang bergelar "WANITA" adalah sangat istimewa :')

Sobahalkhayr ! Fii Amanillah Wa Ma'assalaamah . . Ilalliqa' . . Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh . . 

Susah Untukku Ukir Semula Senyuman Itu

Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh . . 
Bismillahhirrohmannirrohhim . .

Ya Allah, masih mampukah hamba mengukirkan senyuman untuk mengembirakan hati yang sedang dilanda kesedihan ini . . Diri ini hanya mampu untuk menasihatkan hati yang masih bersedih, "La tahzan wahai hati yang lemah ! InnAllaha Ma'ana . . Jika masih ada sisa kegembiraan buat diriku, akan aku cuba semaikan di dalam hati dan hidup semula sebagai seorang yang lebih tabah . . Tetapi, masih mampukah aku mengukirkan senyuman yang sebenar -benar senyuman ? Masih mampukah aku untuk membahagiakan orang lain, sedangkan aku sendiri masih bersedih . .  Mungkin inilah yang dinamakan ujian daripada Allah . . Jika benar begitu, aku redha Ya Allah . . Sesungguhnya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . Pasti Engkau lebih tahu apa yang terbaik buat diriku Ya Allah . . Tetapi, dapatkah Engkau mengabulkan hajat yang memang aku inginkan sejak dahulu lagi . . Bukakanlah pintu hati ummiku untuk *** <--(biarlah Allah saja yang tahu) . . Saban hari aku memikirkan keputusan ini, saban hari aku menghitung hari untuk ku pergi . . Dan keputusanku tetap sama iaitu " Ya, saya akan pergi . . Dengan izin Allah . . Biarlah pelbagai halangan yang melanda . . Segalanya akan ku tempuh ! " Sesungguhnya Allah swt sentiasa bersikap adil terhadap aku . . Akan ku serahkan segalanya pada-Nya . . Biarlah Dia yang menentukan segalanya . . Aku hanya mampu berharap dengan bersolat dan berusaha sahaja . . Biarlah Allah yang menentukan segalanya . . Biarpun ketentuan Allah nanti amat perit untuk ku terima . . La ba'sa, aku akan berusaha selagi aku bernyawa . . Aku akan berusaha selagi masih ada sisa -sisa semangat dalam diriku . . Aku akan berusaha selagi aku punya kekuatan untuk bangun . . Ummi, bukan niatku untuk tidak menghargai keputusanmu, bukan niatku untuk melawan kata -katamu . . Tetapi, aku tetap dengan pendirian dan keputusanku, kerana mungkin ini adalah cara yang terbaik untukku berubah menjadi insan yang lebih berguna buatmu, keluarga dan masyarakat . . Andai sudah muktamad keputusanmu ummi, izzah takkan menyerah . . Izzah akan berusaha, berusaha dan berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan ummi . . Izzah akan memastikan ummi bahawa izzah juga boleh menjadi insan yang lebih berguna buat ummi . . Dengan itu ummi, sokonglah keputusan izzah ! Sesungguhnya izzah tidak punya orang lain yang lebih izzah sayangi dan hormati lagi selain ummi . . Bantulah izzah ummi, izzah sayangkan ummi ! Bantu izzah ummi !

Fii Amanillah Wa Ma'assalaamah . . Assalamu'alaikum Warahmatullahhi 
Wabarokatuh . . Laila Sa'idah . .