Ramadhan Kareem ♥

Assalamu'alaikum dear readers. 
Shukran sangat sangat sebab setia jadi pembaca blog saya selama ni. 
Mesti rasa pelik kan baca title post ni? Mana taknya puasa dah nak habis saya baru update pasal ramadhan kan kan? Hehe .. Tak ada yang special pun nak share sebenarnya. Cuma rasa macam dah lama sangat tak update. Tu yang post pasal ramadhan ni memandangkan sekarang ni kita dalam bulan Ramadhan kan? Pejam celik pejam celik .. Eh tak sangka dah 23 hari dah kita puasa kan? Tak lama lagi raya. Yeayyyyy ! 
Masa ramadhan ni macam macam jadi kan? Lebih lebih lagi negara kita. Negara kita dapat ujian berat sangat tahun ni. Nak nak lagi dalam bulan ramadhan. Especially pada family mangsa pesawat tu. Serious sedih sangat sangat. Bila dapat ujian macam ni mulalah nak buat andaian macam macam kan? Bukan tak boleh nak bagi pendapat. Tapi why dont kita kembali kepada fitrah? Kita muhasabah diri. Apa yang dah kita buat sampai jadi macam ni? Tiap kali Allah bagi ujian mesti ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin Allah buat macam ni sebab nak bangkitkan kita semua daripada kelalaian kat dunia ni. Nak kita sedar yang dunia ni hanya pinjaman. Masih ada benda yang lebih penting iaitu akhirat. Mungkin sebab tu Allah bagi ujian ni supaya kita berdoa bersolat pada Allah dekatkan diri dengan Dia. Allah knows best. So lepas ni banyak banyaklah bertaubat sebab kita tak tahu bila kita akan menghadap-Nya kan? Kalau tak cukup bekalan nanti nak jawab apa depan Allah? Nak hidup kat dunia balik? Memang taklah .. Renung renungkanlah.
Untuk Raya tahun ni pula bersederhanalah dalam berhias (especially kaum hawa) berjimatlah dalam perbelanjaan. Makan pula jangan ikut nafsu sangat sampai perut kembung. Nanti perut dah kembung tak boleh nak jalan dah kan? Haa ! Padan muka ! Hehe. Dalam menyambut perayaan tu jangan lupa pada orang yang kurang beruntung kat luar sana k. Terutama sekali negara yang tengah bergolak sekarang ni tak boleh nak sambut Aidilfitri dengan aman. So moral of the story bersyukurlah dengan keamanan yang kita kecapi sekarang ni. Negara aman sambut raya pun tenang. Ingat! Walau apapun yang jadi kita kena sentiasa kembali pada fitrah and muhasabah diri k. Jangan suka salahkan orang. Nanti jadi fitnah jawapan tak dapat dapat. Dosa kering pula yang kita dapat. K lah dear readers. Saya berenti sampai sini dulu yahh. Nanti senang senang saya update lagi pasal raya pulak. In shaa Allah nanti share gambar best best k.
Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan and Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin.